Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Vokalis Search, Datuk Amy menyifatkan kurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, sebagai pengiktirafan negara kepada penggiat seni.
Terharu dengan kurniaan itu, Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman, 64, menganggap gelaran diterima diiringi amanah untuk memberi contoh terbaik kepada masyarakat.
"Pingat ini mengingatkan saya untuk lebih bertanggungjawab dalam memberi teladan yang baik kepada semua pihak, sama ada di dalam atau di luar bidang seni.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tun Mohd Ali Mohd Rustam atas pengurniaan darjah kebesaran ini.
"Pengiktirafan diberi ini bukan untuk saya secara individu, malah, kepada seluruh anak seni dan industri hiburan secara keseluruhan," katanya kepada BH Online.
Biarpun sudah bergelar Datuk, Amy berjanji tidak sesekali merubah dirinya.
"Saya tetap Amy Serach, penyanyi rock dan penggerak industri yang anda semua kenali selama ini," kata penyanyi Isabella ini.
Semalam, bapa kepada pelakon Nabila Huda ini menerima DPSM membawa gelaran Datuk.
Amy menjadi satu-satunya penggiat seni yang menerima darjah kebesaran pada majlis berkenaan.
Lebih empat dekad berjuang dalam industri seni, Amy membuktikan dirinya ampuh apabila Konsert Search Endemik di Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang City Centre, di sini, pada 4 Jun lalu, mendapat sambutan luar biasa peminat.