Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Aktres yang dikenali menerusi sitkom popular, Empat Sekawan, Hon Yit Sin meninggal dunia dalam tidur pada usia 100 tahun di Raub, Pahang, semalam.
Berita pemergiannya disahkan oleh cucunya kepada China Press.
Mengikut laporan China Press, keluarga Yit Sin mengesahkan kematiannya selepas melakukan pemeriksaan antara jam 6 hingga 7 pagi.
Cucunya dilaporkan berkata, mendiang neneknya meninggal dunia dengan keadaan tenang dalam tidur.
"Sebelum ini, nenek pernah dirawat akibat tekanan darah tinggi dan strok ringan, beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, nenek tiada penyakit kronik.
"Bagaimanapun, keadaan kesihatan nenek semakin merosot sejak penghujung tahun lalu.
"Nenek masih boleh bergerak, namun, tidak sepenuhnya atas katil," katanya kepada China Press.
Laporan juga menyebut, aktres itu tinggal di Kuala Lumpur bersama cucunya, sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Yit Sin akan pulang ke Raub sekali-sekala selama sebulan, sebelum akhirnya menutup mata ke kediamannya itu.
Acara pengebumian Yit Sin akan diadakan di Pusat Memorial Nirvana di Sungai Besi, Kuala Lumpur, esok.
Yit Sin memulakan kerjaya dalam industri hiburan menerusi rancangan radio pada 1949. Kemudiannya, Yit Sin menubuhkan kumpulan Getai bersama tiga sahabat baiknya, Datuk Lai Meng, Hoi Yong dan Wong Hor.
Kumpulan lawak jenaka itu mula mencipta populariti apabila lagu Tofu Song, sebelum terima tawaran menyertai stesen radio menerusi rancangan Empat Sekawan.
Rancangan Empat Sekawan mampu meraih populariti hingga akhirnya diangkat sebagai sitkom di kaca televisyen.
Sitkom yang menggunakan beberapa dialek seperti Mandarin, Hakka, Hokkien dan Kantonis itu disiarkan di RTM antara 1966 hingga 1988.
Yit Sin kemudiannya menjadi pelakon filem dan antara aktres filem Cina pertama Malaysia.
Bagaimanapun, Yit Sin mengurangkan aktiviti lakonan dan akhirnya, memilih untuk bersara selepas peningkatan usia.
Terdahulu, Hoi Yong dan Wong Hor meninggal dunia pada 1970-an, disusuli Lai Meng pada 2018. Yit Sin, empat sekawan terakhir yang meninggalkan legasi sitkom popular di Malaysia.