Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu penerbit, Fadzil Zahari keliru apa yang cuba dimaksudkan kakak iparnya, Diana Danielle mengenai anak perempuannya, Aurora dikatakan trauma sehingga menghalang Farid bertemu anak-anaknya.
Fadzil, 39, dilihat meninggalkan komen 'trauma sebab apa?' dalam akaun instagram sebuah program hiburan yang memaparkan video temu bual pelakon utama Imaginur itu ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP), pagi tadi.
Ketika dihubungi BH Online, Fadzil yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin, berkata dia meninggalkan komen berkenaan kerana keliru apa yang cuba disampaikan Diana.
"Saya tinggalkan komen kerana kenyataannya tidak jelas dan tergantung. Bukan sebab ia mencalarkan nama abang saya, tidak….
"Saya melihat video itu, tak bagi jumpa anak sebab trauma. Itu yang saya tanya, anak trauma sebab apa?
"Ini kerana sebelum ini saya lihat anak-anaknya okay sahaja keluar bersama Farid tanpa ibunya di sisi.
"Sekiranya anak-anak takut dengan bapa atau tidak rapat, tentu mereka tidak selesa untuk keluar bersama Farid," katanya.
Sebelum ini, Fadzil mengakui terkejut dengan kemelut rumah tangga yang berlaku antara abangnya dan Diana.
Katanya, dia hanya mengetahui hasrat Diana mahu bercerai menerusi berita yang dibaca.
Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.