Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa sapu RM6 juta

28 Aug 2022 | Najiy Jefri

KUALA LUMPUR: Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa merekodkan kutipan RM6 juta dalam tempoh tiga hari tayangan di Malaysia.

Berita gembira itu diumumkan melalui akaun Instagram (IG) rasmi filem aksi ketenteraan Malaysia itu, malam tadi.

Keterangan pada hantaran itu menyebut:

Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa mencatat kutipan RM6 juta dalam tempoh tiga hari tayangan di Malaysia. Foto IG Air Force The Movie : Selagi Bernyawa
Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa mencatat kutipan RM6 juta dalam tempoh tiga hari tayangan di Malaysia. Foto IG Air Force The Movie : Selagi Bernyawa

"Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam tiga hari tayangan. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini."

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh.

Di Malaysia, pasukan TUDM mengadakan misi untuk menyelamatkan mereka.

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei sejak Khamis lalu. - Harian Metro Online