Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun ke-39 stesen televisyen (TV) nombor satu negara, TV3, bermula hari ini di Karnival Jom Heboh (KJH) Selangor Generasi Muda di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Selangor, hingga Ahad.
Pada karnival yang sinonim dengan TV3 itu, orang ramai berpeluang mengunjungi pameran Anime dan pertandingan Cosplay, pameran eksklusif kereta Fast X dan bertemu maskot Ejen Ali, Mina Mila dan Little Ammar.
Selain itu, penonton TV3 boleh mendapatkan cenderahati eksklusif ulang tahun TV3 ke-39 dengan kolaborasi khas bersama syarikat kosmetik, Alha Alfa membabitkan gincu atau pengoles bibir dan jenama tudung, Ameera Zaini.
TV3 dalam kenyataan menyebut, siri animasi popular, Ejen Ali yang menjadi penanda aras produk animasi tempatan, meraikan ulang tahun ke-39 TV3 dengan siri baharu, Ejen Ali Musim 3 setiap Ahad pada jam 11 pagi mulai 25 Jun ini.
Peminat tegar Ejen Ali pastikan tidak ketinggalan menonton semula Ejen Ali musim 1 dan 2 yang disiarkan TV3 pada jam 11 pagi setiap hari sejak Selasa lalu.
TV3 yang menyambut ulang tahun ke-39 penubuhannya, semalam, menyediakan pelbagai aktiviti dan program menarik untuk penonton setia sepanjang bulan ini.
Sejak mula beroperasi pada 1 Jun 1984, TV3 mengamalkan konsep 'Sentiasa Bersamamu' dalam apa juga keadaan selain menjadi rujukan berita dan maklumat terkini.
TV3 dianggap peneman dalam suka duka, sumber inspirasi dan hub hiburan yang menceriakan hidup rakyat selama 39 tahun.
Selain musim ketiga Ejen Ali yang antara lain memaparkan kisah Ejen Ali dan teman dari Akademi MATA digandingkan dalam pertandingan rahsia, TV3 menyediakan program istimewa sepanjang bulan ini.
Sempena tayangan filem terbaru Fast X, TV3 menyajikan Furious 7, pada jam 10 malam ini. Filem ini menampilkan Vin Diesel, Paul Walker, Jason Statham dan Michelle Rodriguez sebagai teraju utama.
Menghangatkan sambutan ulang tahun TV3, slot Drama Bonanza meraikan ulang tahun TV3 dengan menyajikan drama bersiri popular di Malaysia.
Slot Lestary membawa drama Diva Seroja dibintangi Puteri Balqis, Harissa Adlyn, Amanda Tan, Kashika Selvan, Amira Syahira dan Fasha Sandha. Drama ini disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu jam 9 malam mulai 9 Jun ini.
Slot Akasia pula tampil dengan drama Bukan Hanya Sekadar Cinta lakonan Ismail Izzani, Sofia Dendroff dan Muaz Zabir.
Peminat slot Samarinda dapat menonton drama Malam Zulaikha dibintangi Adam Lee dan Sweet Qismina, manakala slot Sakura menyajikan drama Kampung Mat Saleh lakonan Aiman Nasir Wynne dan Nelissa Nizam.
Musim keenam program realiti, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY6) mengajak penonton menjadi penyiasat pada setiap Ahad, jam 9 malam, mulai minggu ini.
ICSYVMY6 dikendalikan Izzue Islam dan Shiha Zikir, pasti menceriakan hujung minggu anda dengan gelagat menghiburkan panel penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Khir Rahman, Baby Shima dan Ropie serta peserta.
Bersiaran selama 11 episod, artis jemputan perlu mengenal pasti dan membuat keputusan menyingkirkan penyamar dalam kalangan enam penyanyi misteri.
Program majalah popular, Majalah 3 (M3) menyajikan kisah Fantastika Dunia Animasi pada jam 9 malam, Isnin ini.
Episod itu mengupas budaya Cosplay yang menjadi fenomena sejak berdekad lalu, bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia.
Tidak ketinggalan, platform penstriman Tonton menyediakan program animasi premium Jepun menerusi saluran ANIMAX.
Peminat animasi Jepun dapat menyaksikan siri animasi popular seperti Tokyo Revenger, Horimiya dan banyak lagi.
Pengikut platform media sosial rasmi TV3 boleh mengikuti kandungan istimewa kolaborasi keluarga selebriti Sharifah Shahira dan Son of A Policemen yang menghasilkan lagu medley runut bunyi Ejen Ali dan Anime yang popular.
Usah ketinggalan menggunakan filter animasi khas di TikTok dan Instagram (IG) untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-39 TV3.
Maklumat lanjut layari https://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook (FB), IG dan Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.
Gunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan perbualan mengenai sambutan ulang tahun TV3 di laman sosial sepanjang bulan ini.